Waktu Solat di Bachok

Saturday 26 November 2011

Melangkah Lebih Jauh

Assalamualaikum w.r.t.
Bagaimana dengan iman kalian? Sihat?
Hari ini bermula tahun baru 1433H. Masa pantas berlalu meninggalkan kenangan dan sejarah. Tanpa disedari, umur juga bertambah sekali gus menambahkan kematangan. Kematangan inilah yang akan membawa seseorang itu berjalan lebih jauh.

Jika dulu, akal kita hanya mampu melangkau sehingga berpuluh-puluh meter sahaja, namun kini fikiran kita sudah mampu melangkah berpuluh-puluh kilometer. Alangkah ruginya kematangan ini diabaikan. Remaja yang matang itu tidak akan membazir sama ada dari sudut  harta, tenaga dan masa. Jika diri ini menyedari nilai masa, tenaga dan harta yang dikurnia Ilahi nescaya tak akan sekali-kali berlaku pembaziran yang dibiarkan.


1 Muharram menandakan bermulanya azam baru dan memperbaharui azam yang lalu. Orang yang beriman tak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Biarkan kesalahan lalu menjadi pengajaran semata-mata dan tak lebih daripada itu. 


Keazaman yang kukuh ini membawa diri hampir kepada sasaran tersebut walaupun sukar untuk dicapai. Berikanlah peluang kepada diri anda untuk merasai nikmat berpuas hati ke atas pencapaian anda. Jangan kerana didikan nafsu, segala-galanya musnah. Musnah tanpa kesan.
- Salam Maal Hijrah 1433H-



Thursday 24 November 2011

Top up ilmu pada musim cuti ini

Cuti sekolah sudah lama bermula. Bagaimana dengan hari-hari yang dilalui? Alangkah ruginya jika ia berlalu tanpa sebarang impak yang baik...AYUH manfaatkan dengan baik.
JOM top up ilmu agama di mana-mana madrasah, masjid, pondok kerana majlis ilmu itu sentiasa dinaungi-Nya. 
Semak laman sesawang ini: http://epondok.wordpress.com/

Komen di Facebook