Waktu Solat di Bachok

Thursday 29 December 2011

Aktiviti sempena awal tahun baru: 2012

SOLAT HAJAT DAN KULIAH MAGHRIB SEMPENA AWAL TAHUN BARU 2012M

Bersama Ustaz Khairul Anuar Ismail, Bekas Presiden Persekutuan Melayu Republik  Arab Mesir (PMRAM 2008)

31 Disember 2011 (Sabtu malam Ahad)
7 - 9 Malam
Masjid ar-Rahman (berhadapan Dewan Majlis  Daerah Bachok
^ Anak mukim lelaki dialu-alukan untuk menyertai tayangan video dan qiamullail bersama PRISMA ^
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir
~Melakar 2012 bersama inspirasi baru~

2012: Menerjah Kegemilangan


Hari demi hari dilalui, tibalah penghujung 2011 yang menyaksikan pelbagai peristiwa gembira dan duka dalam kamus hidup masing-masing. Masih ada yang meratapi kesedihan lalu tak kurang juga yang masih berada di awangan dengan pencapaian lalu.

“Orang yang beruntung itu hari ini lebih baik daripada kelmarin,
orang yang rugi itu hari ini sama dengan kelmarin,
orang yang celaka itu hari ini lebih teruk daripada kelmarin.”
 Semakin maju dunia ini semakin tidak bertamadun manusia. Tak dapat dinafikan bahawa komodenan jauh meningkat dari tahun ke tahun, bangunan pencakar langit bertambah bak cendawan dan gadjet-gadjet teknologi kian canggih tapi segala material tidak mampu mendidik manusia. Tilik pada manusia, pakaian, pergaulan dan tindakan pun terserlah semakin canggih. Mungkin itu trend masa kini.

Segalanya berkembang kecuali didikan agama. Sakhsiah itu dibentuk daripada rohani seseorang. Meneruskan kesinambungan kegemilangan yang ditinggalkan generasi terdahulu tak semudah kata-kata. Mereka sudah pun buktikan keagungan Islam. Saat ini, tibalah masa untuk penerus kesinambungan ini kembali sekaligusmengangkat Islam sebagai teras kehidupan  dalam diri, keluarga, sekolah dan masyarakat.

~Melakar 2012 bersama inspirasi baru~Pena PRISMA

Dunia Hiburan Melenyapkan Remaja

Ada bezanya antara kehidupan di Kuala Lumpur dan Kota Bahru. Di sini, hiburan yang tidak melampau ditambahi majlis ilmu yang berlambak telah membezakan keadaan sosial remaja di Kota Bharu dan ibu negara itu. Walaupun masalah sosial remaja tak dapat dilindungi walaupun di mana-mana sahaja hatta di desa, namun paling kurang budaya kuning dapat dikurangkan pada pandangan mata kasar.


Hari ini, kerajaan banyak mempengaruhi fikiran remaja. Andai banyak hiburan melalaikan disogok kepada mereka, maka negatiflah hasilnya dan sebaliknya.


Oleh itu, peranan kerajaan yang memerintah tak dapat dinafikan dalam pembangunan sahsiah remaja. Hiburan yang keterlaluan menyebabkan para remaja leka dengan dunia mereka. Langsung tidak memikirkan masalah diri jauh lagi daripada menjadi pemikir ummah.


Perhatikan gerak geri remaja sekarang. Hanya beberapa kerat sahaja yang cakna hal negara dari segi politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Mungkin ini "kejayaan besar" pemerintah negara dalam mentarbiah remaja. 


Suasana kekeluargaan yang mendidik, anak-anak remaja tak kan jauh menyeleweng daripada matlamat asal hidup mereka. Daripada rebung hinggalah menjadi buluh, segalanya memerlukan didikan agama kerana hanya agama yang membentuk diri seseorang.

Friday 16 December 2011

Islam sebagai Asas Kehidupan

Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah tiada al-Quran kecuali hanya tulisan dan tiada Islam kecuali hanya pada nama. Maklum bahawa ummat Islam hari ini mempunyai penganut kedua teramai di atas muka bumi ini tapi mereka tak ubah seperti buih-buih di pantai yang hilang dipukul ombak.

Hamdan, Kassim, Faris, Aisyah, Siti...semuanya Islam. Namun, hanya I/C sahaja yang membuktikan keislaman mereka. Tindak tanduk dan percakapan langsung tak mencerminkan jati diri muslim.

Sukarnya meletakkan Islam sebagai asas Islam dalam hati-hati mereka lantaran dunia yang penuh pancaroba ini. Segelintir golongan yang memahami pula tidak berperanan sebagai penyeru. Lantaran ini, kami di PRISMA mengalu-alukan penglibatan segenap lapisan terutamanya remaja di Bachok ini dalam setiap aktiviti kami. TQ

Sunday 4 December 2011

Remaja Hari Ini

Hari ini,
Aku melihat remaja hanyut,
Aku lihat mereka bebas bergaul,
Tiada lagi suruhan dan larangan pada mereka,
Aku lihat pelbagai masalah yang mereka sendiri hasilkan.


Hari ini,
Remaja tidak lagi menjadi harapan besar  negara,
Mereka sendiri yang memusnahkan harapan itu,
Mungkin mereka menganggap usia sebegini seperti waktu keemasan,
Waktu berharga untuk berfoya-foya dan berhibur,
Mereka seolah-olah tiada lagi matlamat dan hala tuju,
Mereka seperti layang-layang tak bertali.


Hari ini,
Segalanya telah berubah,
Namun tidak pada masa depan,


Ingatlah para remaja,
Kalian semua belum terlambat,
Kalian masih ada masa untuk kembali,
Untuk kembali GEMILANG.

Komen di Facebook