Waktu Solat di Bachok

Wednesday 31 July 2013

Banyak yang berzikir, sedikit yang memahami

Kebiasaannya di kampung-kampung, majlis tahlil arwah memang meriah... errr, maknanya mendapat sambutan dan ramai yang datang. Tok imam yang lead majlis tu akan memulakan dengan al-fatihah dan diakhiri dengan doa untuk arwah dan semua yang hadir (orang hidup pun berhajat kepada doa). Sepanjang majlis tu, macam-macam gaya yang keluar, suara pun ada yang perlahan ada yang lantang tapi yang pasti, setu rentak. Rentak yang imam bawa. Kalau tempo perlahan, perlahanlah semuanya. Dop rajin jupo lagi makmum xsow palo dgn tok imam ni. 

Itu majlis zikir berjamaah yang bersifat kadang-kadang. Ada pun yang berkala, zikir atau wirid selepas solat fardhu. Yang ini kadang-kadang berjemaah kadang-kadang bersendirian (time tok imam zikir slowly in volume). Yang pasal bidaah tak bidaah, saya tak mahu bercerita di sini walaupun keinginan menghentam puak-puak pelampau dah menguasai diri ini... 

Yang selalu kita buat (maksudnya muslim yang rajin macam kome) adalah berzikir secara individu. Di mana-mana jua melainkan tempat kotor (macam tandas) dan pada bila-bila masa sahaja. Hanya yang mengingati Allah akan sentiasa berzikir... emmm, macam pelik jer bunyinya bagi golongan yang faham. Berzikir tu maksudnya mengingati la. 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, La ilaha illallah, La Hawla wala Quwwata illa billah dll. Cuba check diri masing-masing, kita paham x apa yang kita lafazakan ini? Betul-betul mengerti? Atau semata-mata tahu alih bahasa atau translate sahaja pakai bende ni gadjet yg sgt berjasa kpd siswasiswa? Untuk apa kita berzikir? Jom sharing is caring. 

La ilaha illallah (tahlil) 

Tiada Tuhan Melainkan Allah iaitu Tiada yang kaya daripada tiap-tiap sesuatu dan berhajat kepada-Nya oleh tiap-tiap sesuatu (sifat ketuhanan) melainkan Allah. Juga dengan makna Tiada yang layak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Apabila kita mengucapkan lafaz tahlil ini, mesti hadirkan salah satu makna ini. Jika tidak, lafaz itu tidak meninggalkan kesan di hati. Inilah zikir yang paling afdhal dan utama. 

Subhanallah (tasbih) 

Maha Suci Allah iaitu Allah tidak bersifat dengan sifat kekurangan dan tidak menyamai makhluk (seperti mana yang didakwa golongan mujassimah). Apabila kita dah sebati dengan zikir ini, Insya-Allah hati kan tenang dan tiada lagi was-was terhadap Allah. Syaitan akan sentiasa mengambil peluang untuk menanam ragu-ragu dalam hati anak Adam sama ada syak kepada Allah, janji-Nya atau rezeki-Nya. 

Komen di Facebook