Waktu Solat di Bachok

Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Sunday, 1 January 2012

Solat Hajat dan Kuliah Maghrib Awal Tahun 2012 bersama PRESIDEN PMRAM 2008

SOLAT HAJAT DAN KULIAH MAGHRIB SEMPENA AWAL TAHUN BARU 2012M

Bersama Ustaz Khairul Anuar Ismail, Bekas Presiden Persekutuan Melayu Republik  Arab Mesir (PMRAM 2008)

31 Disember 2011 (Sabtu malam Ahad)
7 - 9 Malam
Masjid ar-Rahman (berhadapan Dewan Majlis  Daerah Bachok)
Hujan lebat tidak menghalang kehadiran mulimin dan mulimat.

Antara isi-isi penting Kuliah:
  1. Tahun baru Hijrah semakin dipinggirkan sebaliknya bagi tahun Masihi.
  2. Sia-sia hari yan dilalui tanpa ilmu yang bertambah.
  3. Manusia itu pada agama pemerintah mereka (ikut).
  4. Zaman pemerintahan Sayyidina Umar b Abdul Aziz yang terlau singkat namun itulah zaman yang aman dan rakyatnya bahagia.
  5. Pasar Madinah didirikan selepas Masjid Nabawi menjadi saksi kemurahan para sahabat dalam jual beli.
  6. Tiada istilah "masuk syurga bersendirian."
  7. Nabi bersabda: Tidak daripada kami mereka yang tiadak memikirkan hal ehwal ummah.
  8. Malaysia dipenuhi hiburan pelbagai peringkat dari Idola Kecil hinggalah kilauan emas dan kelalaian semakin parah.

Ust Fakhrurrazi (penasihat PRISMA) bersama Ust Khairul Anuar

Thursday, 29 December 2011

Aktiviti sempena awal tahun baru: 2012

SOLAT HAJAT DAN KULIAH MAGHRIB SEMPENA AWAL TAHUN BARU 2012M

Bersama Ustaz Khairul Anuar Ismail, Bekas Presiden Persekutuan Melayu Republik  Arab Mesir (PMRAM 2008)

31 Disember 2011 (Sabtu malam Ahad)
7 - 9 Malam
Masjid ar-Rahman (berhadapan Dewan Majlis  Daerah Bachok
^ Anak mukim lelaki dialu-alukan untuk menyertai tayangan video dan qiamullail bersama PRISMA ^
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir
~Melakar 2012 bersama inspirasi baru~

2012: Menerjah Kegemilangan


Hari demi hari dilalui, tibalah penghujung 2011 yang menyaksikan pelbagai peristiwa gembira dan duka dalam kamus hidup masing-masing. Masih ada yang meratapi kesedihan lalu tak kurang juga yang masih berada di awangan dengan pencapaian lalu.

“Orang yang beruntung itu hari ini lebih baik daripada kelmarin,
orang yang rugi itu hari ini sama dengan kelmarin,
orang yang celaka itu hari ini lebih teruk daripada kelmarin.”
 Semakin maju dunia ini semakin tidak bertamadun manusia. Tak dapat dinafikan bahawa komodenan jauh meningkat dari tahun ke tahun, bangunan pencakar langit bertambah bak cendawan dan gadjet-gadjet teknologi kian canggih tapi segala material tidak mampu mendidik manusia. Tilik pada manusia, pakaian, pergaulan dan tindakan pun terserlah semakin canggih. Mungkin itu trend masa kini.

Segalanya berkembang kecuali didikan agama. Sakhsiah itu dibentuk daripada rohani seseorang. Meneruskan kesinambungan kegemilangan yang ditinggalkan generasi terdahulu tak semudah kata-kata. Mereka sudah pun buktikan keagungan Islam. Saat ini, tibalah masa untuk penerus kesinambungan ini kembali sekaligusmengangkat Islam sebagai teras kehidupan  dalam diri, keluarga, sekolah dan masyarakat.

~Melakar 2012 bersama inspirasi baru~Pena PRISMA

Friday, 16 December 2011

Islam sebagai Asas Kehidupan

Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah tiada al-Quran kecuali hanya tulisan dan tiada Islam kecuali hanya pada nama. Maklum bahawa ummat Islam hari ini mempunyai penganut kedua teramai di atas muka bumi ini tapi mereka tak ubah seperti buih-buih di pantai yang hilang dipukul ombak.

Hamdan, Kassim, Faris, Aisyah, Siti...semuanya Islam. Namun, hanya I/C sahaja yang membuktikan keislaman mereka. Tindak tanduk dan percakapan langsung tak mencerminkan jati diri muslim.

Sukarnya meletakkan Islam sebagai asas Islam dalam hati-hati mereka lantaran dunia yang penuh pancaroba ini. Segelintir golongan yang memahami pula tidak berperanan sebagai penyeru. Lantaran ini, kami di PRISMA mengalu-alukan penglibatan segenap lapisan terutamanya remaja di Bachok ini dalam setiap aktiviti kami. TQ

Wednesday, 15 June 2011

FORUM PERDANA peringkat Jajahan Bachok


Tajuk: Keberkesanan Solat dalam Mentarbiah Diri
Panelis: YB Mad Mustafa (ADUN DEMIT), Ust Zainuddin Ismail (YIK), Ust. Nazry Mohamad Nor
Moderator: Ustaz Fakhrurrazy Mohd Zin (Maahad Yaakubiah)

Tarikh: 23 Jun 2011/ 21 Rejab 1432 (Khamis malam Jumaat)
Masa: 6.45 pm- 10.15 pm
Tempat: Masjid ar-Rahman berhadapan Dewan Majlis Daerah Bachok

Antara yang menarik:
1) Gerai Tukar Tarikh Masihi ke Hijrah (transformasi tarikh),
2) Cerapan Bulan dengan Teleskop (jika cuaca baik),
3) Bekam tradisional (lelaki sahaja)
4) Pameran khat Arab

Tayangan Video Islamik pada 6.45pm-7.15 pm

Zikir Munajat
Forum PERDANA bermula selepas maghrib sehingga 9.45 pm

Jamuan ringan disediakan

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Sunday, 5 June 2011

Menegak Kebenaran- Hak Semua

Tanggapan masyarakat hari ini bahawa hanya golongan atasan dan berjawatan sahaja perlu mencegah kemungkaran dan menyuruh kemaa'rufan. Mereka lebih suka berpegang kepada kalimah " jangan jaga tepi kain orang lain " apabila berlaku sesuatu maksiat dalam masyarakat . Sedangkan Nabi bersabda:
" Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah (cegahlah) ia dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, cegahlah dengan lisan (nasihat), dan jika tidak mampu, cegahlah dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman " .

Pemikiran sebegini masih membelenggu masyarakat kita hari ini. Namun, ia hanyalah tabiat yang boleh diubah. Apabila seseorang muslim merasakan dia ialah seorang muslim, pasti dia memahami tuntutan agama ini. Kita hidup bermasyarakat perlu mengikut cara bermasyarakat. Kita ialah tuan kepada diri sendiri dan pada masa yang sama da'ie yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Seseorang muslim mempunyai hak daripada saudara seislamnya untuk ditunaikan.

Membiarkan saudara kita dalam arus maksiat seolah-olah kita meredhai dia berjalan menuju neraka. Kelak kita kan disoal atas kelalaian ini. SALAM MUHASABAH.
 

Monday, 16 May 2011

Peringkat Nafsu

Jika manusia itu terbahagi kepada mukmin, kafir, munafiq dan fasiq begitu juga dengan nafsu yang ada pada manusia. Nafsu ini telah digaul bersama tanah pada kejadian manusia. Namun tidak semua nafsu itu menyuruh kepada kejahatan. Taraf nafsu ini dapat ditingkatkan dengan riadhah mujahadah (latihan dan bersungguh-sungguh menentang dorongan nafsu). Nafsu pada kejadiannya sentiasa menentang kebenaran dan suruhan Allah. Hanya iman yang kukuh mampu menentang nafsu yang pernah dibakar di dalam api neraka beribu-ribu tahun kerana keangkuhannya kepada Tuhan sekalian alam.


Malaikat: ada aqal tiada nafsu

Syaitan: ada nafsu tiada aqal

Manusia: ada aqal dan nafsu

Komen di Facebook