Waktu Solat di Bachok

Wednesday, 25 January 2012

Laporan ISLAH '12 (1)

Alhamdulillah program berjalan lancar seperti mana yang dirancang (Malam Inspirasi Anak Muda (ISLAH '12)
  • 6.30 pm: Semua urusetia membuat persiapan terakhir
  • 7.30 pm: Solat Maghrib berjemaah
  • 7.45 pm: Forum ringkas (Belia Kini Malaysia Akan Datang) bersama Pengerusi PRISMA, sdr  Azim Ismail dan Bendahari PRISMA, sdr  Cheq Syarif. Walaupun ringkas namun padat dengan masa yang ada
  • 8.30 pm: Solat Isyak berjemaah diimamkan penasihat PRISMA,  Ust Fakhrurrazy
  • 9.00 pm: Bermulanya Malam Inspirasi Anak Muda (kaunter tuka tarikh dan pameran khat arab dibuka)
  • 9.15 pm: Kehadiran YB Omar, ADUN Perupok
  • 9.20 pm: Ucapan alu-aluan oleh penasihat PRISMA dan Perasmian program oleh YB. Teleskop Takahashi  Dr Rowi (AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia) dibuka dan tayangan mini Upin Ipin bermula.
  • 9.53 pm: Penyampaian cenderahati kepada YB oleh penasihat PRISMA diiringi pengerusi PRISMA
  • 9.35 pm: Persembahan Nasyid oleh kump. Eltiezam
  • 9.45 pm: Kuiz Agama & Res Warrior
  • 10.00 pm: Persembahan Nasyid oleh kump KARISMA
  • 10.15 pm: Kuiz Agama & Red Warrior dihandle oleh Eltiezam
  • 10.30 pm: Persembahan 1 lagu daripada Eltiezam
  • 10.40 pm: Persembahan 1 lagu oleh KARISMA
  • 10.50 pm: Penyampaian cenderahati oleh pengerusi PRISMA merangkap pengarah ISLAH '12 kepada tetamu.
  • 11.00 pm: Lawatan ke tapak pameran dan bersurai

Saturday, 21 January 2012

MALAM INSPIRASI ANAK MUDA BACHOK 2012

program: Malam Inspirasi Anak Muda (ISLAH '12)
tarikh: 23 JANUARI 2012

masa: 7-11 MALAM
tempat: Masjid ar-Rahman berhadapan Dewan Majlis Daerah Bachok
anjuran: Persatuan Remaja Islam Bachok (PRISMA)

Sunday, 1 January 2012

Solat Hajat dan Kuliah Maghrib Awal Tahun 2012 bersama PRESIDEN PMRAM 2008

SOLAT HAJAT DAN KULIAH MAGHRIB SEMPENA AWAL TAHUN BARU 2012M

Bersama Ustaz Khairul Anuar Ismail, Bekas Presiden Persekutuan Melayu Republik  Arab Mesir (PMRAM 2008)

31 Disember 2011 (Sabtu malam Ahad)
7 - 9 Malam
Masjid ar-Rahman (berhadapan Dewan Majlis  Daerah Bachok)
Hujan lebat tidak menghalang kehadiran mulimin dan mulimat.

Antara isi-isi penting Kuliah:
  1. Tahun baru Hijrah semakin dipinggirkan sebaliknya bagi tahun Masihi.
  2. Sia-sia hari yan dilalui tanpa ilmu yang bertambah.
  3. Manusia itu pada agama pemerintah mereka (ikut).
  4. Zaman pemerintahan Sayyidina Umar b Abdul Aziz yang terlau singkat namun itulah zaman yang aman dan rakyatnya bahagia.
  5. Pasar Madinah didirikan selepas Masjid Nabawi menjadi saksi kemurahan para sahabat dalam jual beli.
  6. Tiada istilah "masuk syurga bersendirian."
  7. Nabi bersabda: Tidak daripada kami mereka yang tiadak memikirkan hal ehwal ummah.
  8. Malaysia dipenuhi hiburan pelbagai peringkat dari Idola Kecil hinggalah kilauan emas dan kelalaian semakin parah.

Ust Fakhrurrazi (penasihat PRISMA) bersama Ust Khairul Anuar

Thursday, 29 December 2011

Aktiviti sempena awal tahun baru: 2012

SOLAT HAJAT DAN KULIAH MAGHRIB SEMPENA AWAL TAHUN BARU 2012M

Bersama Ustaz Khairul Anuar Ismail, Bekas Presiden Persekutuan Melayu Republik  Arab Mesir (PMRAM 2008)

31 Disember 2011 (Sabtu malam Ahad)
7 - 9 Malam
Masjid ar-Rahman (berhadapan Dewan Majlis  Daerah Bachok
^ Anak mukim lelaki dialu-alukan untuk menyertai tayangan video dan qiamullail bersama PRISMA ^
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir
~Melakar 2012 bersama inspirasi baru~

2012: Menerjah Kegemilangan


Hari demi hari dilalui, tibalah penghujung 2011 yang menyaksikan pelbagai peristiwa gembira dan duka dalam kamus hidup masing-masing. Masih ada yang meratapi kesedihan lalu tak kurang juga yang masih berada di awangan dengan pencapaian lalu.

“Orang yang beruntung itu hari ini lebih baik daripada kelmarin,
orang yang rugi itu hari ini sama dengan kelmarin,
orang yang celaka itu hari ini lebih teruk daripada kelmarin.”
 Semakin maju dunia ini semakin tidak bertamadun manusia. Tak dapat dinafikan bahawa komodenan jauh meningkat dari tahun ke tahun, bangunan pencakar langit bertambah bak cendawan dan gadjet-gadjet teknologi kian canggih tapi segala material tidak mampu mendidik manusia. Tilik pada manusia, pakaian, pergaulan dan tindakan pun terserlah semakin canggih. Mungkin itu trend masa kini.

Segalanya berkembang kecuali didikan agama. Sakhsiah itu dibentuk daripada rohani seseorang. Meneruskan kesinambungan kegemilangan yang ditinggalkan generasi terdahulu tak semudah kata-kata. Mereka sudah pun buktikan keagungan Islam. Saat ini, tibalah masa untuk penerus kesinambungan ini kembali sekaligusmengangkat Islam sebagai teras kehidupan  dalam diri, keluarga, sekolah dan masyarakat.

~Melakar 2012 bersama inspirasi baru~Pena PRISMA

Komen di Facebook