Waktu Solat di Bachok

Tuesday 3 July 2012

Aku dan Pencuri

Masih aku ingat sewaktu aku di dalam bas ke pekan seorang diri suatu pagi, dompetku hilang. Mula-mula nak start rasa gelabah tapi aku fikir tindakan tu kurang matang atau pun lebih tepat tindakan kanak-kanak belum sampai umur, aku cuba cari punca.

Dari dekat, aku terperasan seorang remaja sebaya aku sedang memegang dompet berjalan ke suatu lorong. Aku mengekorinya. Dia bertopi dan berkaca mata tanpa senjata. Terlalu khusyuk mengira duit, dia tak perasan pun aku sedang memerhatinya sejak sebelum dia buka dompet tu lagi. "Ehem2" aku buat-buat batuk. Seperti biasa, bila dah gelabah terpijak jengking pun dah tak perasan.

Cepat-cepat aku pegang kedua-dua tangan dia. "Rileks, aku bukan nak puku kau. Aku pun pencuri juga macam kau" . Dari raut wajahnya aku dapat rasakan bahawa dia masih sangsi dengan aku. Lantaklah. "Kau penat-penat kebas duit orang, tapi sedikit je dapat. Punyalah samdol" . Aku buka topik baru pasal EURO 2012. Dia buat muka hampeh, geram aku nak jentik hidung kemeknya tu.


Kalau nak mencuri tu janganlah buat di tempat terbuka. Hari ini kau kantoi dengaa aku, esok-esok tak tahu la dengan siapa pula. Aku ajak dia pergi di KFC (aku boikot sebenarnya produk Israel ni) sebab aku tengok dia ni macam tak pernah makan ayam je (aku agak-agak je). Orang baru 10 minit dikenali, takkan la nak terus percaya. Aku sebenarnya tak plan pun dalam jadual hari ini nak keluar dengan pencuri ni. Memang aku tak ada idea langsung.

Baru aku ingat, aku ada bawa 2 maggi cup dalam beg ni. Satu aku makan satu lagi aku bagi kepadanya. Rupa-rupanya saja dia jual mahal tadi, pelahap punya orang. Aku berbual dengannya pasal artis Malaysia yang tengah macam-macam, dia macam tak syok je. Aku tukar topik, try pasal WWF. Aku kata badan dia macam The Rock (memang aku ambil angin dia je).

Nak ringkaskan cerita, semua benda pasal dunia gusti aku buat keluar. Aku angguk je benda dia kata kadang-kadang aku potong dengan kelakar. Nampaknya dia ni memang seorang yang sporting. Dia panggil aku penagih sebab dia nampak aku ni macam lidi (biar lidi asalkan bergaya..hahah). Sabar-sabar. Aku tak suka bertolak ansur dalam bab-bab menarik macam ni. Aku balas dia dengan gelaran Sarjan Misai sebab misai dia sebijik macam A.Galak dalam Gerak Khas.

Aku rasa macam sebakul dah aku bercakap. Aku tarik tangan dia ajak dia minum air di kedai kopi. Dia tak melawan tapi tak pula nak sangat. Bila dia dah mula anggap seperti kawannya, di situlah aku mulakan cucuk jarumku. Aku hanya sempat matikan kata-kata dia 3x sahaja tapi dia dah macam kaya dengan aktiviti memuaskan hati tu.

Aku cerita kepada dia bahawa di kedai kopi inilah kenangan terakhir aku bersama arwah Nabil. "Mati kenapa?" dia bertanya. Nabil telah dipukul oleh orang kampung sebab dituduh mencuri motosikal sedangkan selepas dia telah pergi, terbukti dia dizalimi. Aku cuba bercerita dengan emosi walaupun aku ni bukanlah romantik sangat. Dari A ke Z. Cerita-cerita pelik pasal kubur habis aku buat modal perbualan.

Hampir 2 jam aku dengan dia di kedai kopi itu. Paling kurang aku mampu buka jalan kebaikan kepadanya walaupun tak menginsafkannya. Tiba-tiba dia bertanya, aku suka curi apa? Tumpuan. Aku suka curi tumpuan kerana aku rasakan tumpuan itu penting untuk pengaruh. Pengaruhi orang lain ke sesuatu yang lebik baik. Dan aku minta dompet tadi sebelum dia pulang. Dia sudah tahu akulah pemilik dompet itu.


sumber: Para pencari Allah (PpA)- blog pengerusi 2011-2012

No comments:

Post a Comment

Komen di Facebook