Waktu Solat di Bachok

Friday, 22 February 2013

Pinanglah aku


“Mak dah bincang dengan keluarga Haji Tayyib, kami bersetuju nak tunangkan kamu dengan Azmil, anak dia yang belajar di al-Azhar sekarang” kata orang tua separuh abad itu kepada anak tunggalnya, Hawa. “Tapi mak, kenapa perlu tergesa-gesa? Saya belum berfikir tentang ini” jawab Hawa yang tersentak dengan kata-kata ibunya dalam panggilan telefon itu.

“Kau tu budak lagi, belajar di U dulu, hal masa depan kamu ni, biar mak dan ayah uruskan. Lagipun, si Azmil tu sesuai sangat untuk kamu. Dia tu hafiz, dia boleh jaga kamu kelak. Belaja baik-baik, assalamualaikum”. Itulah kata-kata terakhir emak Hawa yang menyebabkan dia sentiasa memikirkan hal ini di mana sahaja dia berada. Fokus belajarnya hilang. Dia tahu bahawa anak yang solehah tak membantah kata-kata ibu dan dia tak pernah membantah ibu bapanya sebelum ini. Inilah kali pertama dia bersuara untuk mempertikai keputusan ibu walaupun tak didengari.

Pagi Jumaat, 8 pagi.

Sudah hampir 3 hari perbualan itu berlalu. Pagi ini, Hawa menggagahkan diri untuk berbicara hal masa depan walaupun bukan dengan ibu, tapi kepada ayah yang selayaknya menjadi wali dan berkuasa dalam hal ini.
“Ayah, Hawa bukan mahu membantah tapi ini soal masa depan Hawa untuk jangka masa panjang. Hawa tak mahu, kita terlalu mudah membuat keputusan.” “Kenapa? Kamu tak suka ke dengan Azmil tu?” ayahnya membalas lembut. “Bukan apa, ayah bagilah kepada Hawa untuk buat keputusan sendiri, Insya-Allah dengan istikharah dan petunjuk Allah. Berikan Hawa sedikit masa.” Ayahnya memahami keadaan anak daranya yang terlalu memikirkan soal jodoh dan pilihan hati. “Kamu dah ada pilihan sendiri ke di U tu?” soalan ayah yang menyebabkan Hawa terpinga-pinga.

Setelah terdiam sejenak, “Dalam masa seminggu, Hawa bagi jawapan”. Ayahnya hanya membalas ya tanda setuju.

Dia menuju ke surau kolej kediaman untuk membaca Quran dan Mathurat dengan harapan, jiwanya akan menjadi tenteram dan tenang untuk menghadapi segala kemungkinan. Begitulah cara dia mengadu kepada Tuhan, yang memiliki segala-galanya.

Friday, 2 November 2012

Ya rasulullah, kami sangat merinduimu

Ya rasulullah,
Engkaulah nabi akhir zaman,
Engkaulah salah satu daripada ulul 'azmi yang 5,
Engkaulah nabi penerima ummah yang paling bermasalah.


Aku tahu engkau kekasih Allah,
Engkau paling hampir di sisi-Nya,
Tapi engkau antara nabi yang paling berat ujian untuk ditempuhi,
Namun engkau tak pernah goyah daripada jalanmu.

Kami tahu engaku hidup tidak semewah hidup kami,
Kami tahu engkau tak pernah makan makanan-makanan barat 
yang menjadi santapan kami,
Kami tahu engkau tak pernah tidur idi atas katil seempuk kami,
Kami tahu engkau tak pernah berhibur seperti mana kami yang lalai ini berhibur.


Ya rasulullah,
Walaupun kami tak pernah bersua,
Apatah lagi berbicara,
Namun kami terlalu gembira menjadi ummatmu,
Ummat yang terbaik sepanjang tamadun manusia.


Wahai kekasih Allah,
Andai dapat kita bersua,
Apakah yang engkau mahu katakan kepada kami.
Andai kita berjumpa,
Bolehkah tangan yang kotor ini menyentuh tanganmu?
Bolehkan kita berpelukan?
Bolehkah kita berjalan dan berbual bersama?


Kami tahu kami tak pernah lalui getirnya perjuanganmu,
Kami langsung tak layak berjumpa denganmu,
Tapi kami amat merinduimu,
Sangat mencintaimu,
Amat menyayangimu.



Kami tak tahu dari mana datangnya perasaan itu,
Tapi kami yakin perasaan ini wujud dalam hati kami,
Wujud walaupun secebis.


sumber: ppa blog

Saturday, 21 July 2012

Salam Ramadhan 1433

Semoga Ramadhan kali ini lebih memberi makna. 


"Aku lebih sukakan kehadiran 1 Ramadhan daripada kehadiran 1 Syawal. Kita bergembira dengan pesta ibadah, kekangan nafsu dan perantaian syaitan-syaitan"


                                                                                                                Ikhlas drpd kami, warga Prisma.

Tuesday, 3 July 2012

Kami bersatu dalam Bulatan

Meriahnya suasana usrah pabila pelbagai latar belakang disatukan untuk TARBIAH.

lukisan: Afiqullah Johari

Aku dan Pencuri

Masih aku ingat sewaktu aku di dalam bas ke pekan seorang diri suatu pagi, dompetku hilang. Mula-mula nak start rasa gelabah tapi aku fikir tindakan tu kurang matang atau pun lebih tepat tindakan kanak-kanak belum sampai umur, aku cuba cari punca.

Dari dekat, aku terperasan seorang remaja sebaya aku sedang memegang dompet berjalan ke suatu lorong. Aku mengekorinya. Dia bertopi dan berkaca mata tanpa senjata. Terlalu khusyuk mengira duit, dia tak perasan pun aku sedang memerhatinya sejak sebelum dia buka dompet tu lagi. "Ehem2" aku buat-buat batuk. Seperti biasa, bila dah gelabah terpijak jengking pun dah tak perasan.

Cepat-cepat aku pegang kedua-dua tangan dia. "Rileks, aku bukan nak puku kau. Aku pun pencuri juga macam kau" . Dari raut wajahnya aku dapat rasakan bahawa dia masih sangsi dengan aku. Lantaklah. "Kau penat-penat kebas duit orang, tapi sedikit je dapat. Punyalah samdol" . Aku buka topik baru pasal EURO 2012. Dia buat muka hampeh, geram aku nak jentik hidung kemeknya tu.

Komen di Facebook