Waktu Solat di Bachok

Wednesday 31 July 2013

Banyak yang berzikir, sedikit yang memahami

Kebiasaannya di kampung-kampung, majlis tahlil arwah memang meriah... errr, maknanya mendapat sambutan dan ramai yang datang. Tok imam yang lead majlis tu akan memulakan dengan al-fatihah dan diakhiri dengan doa untuk arwah dan semua yang hadir (orang hidup pun berhajat kepada doa). Sepanjang majlis tu, macam-macam gaya yang keluar, suara pun ada yang perlahan ada yang lantang tapi yang pasti, setu rentak. Rentak yang imam bawa. Kalau tempo perlahan, perlahanlah semuanya. Dop rajin jupo lagi makmum xsow palo dgn tok imam ni. 

Itu majlis zikir berjamaah yang bersifat kadang-kadang. Ada pun yang berkala, zikir atau wirid selepas solat fardhu. Yang ini kadang-kadang berjemaah kadang-kadang bersendirian (time tok imam zikir slowly in volume). Yang pasal bidaah tak bidaah, saya tak mahu bercerita di sini walaupun keinginan menghentam puak-puak pelampau dah menguasai diri ini... 

Yang selalu kita buat (maksudnya muslim yang rajin macam kome) adalah berzikir secara individu. Di mana-mana jua melainkan tempat kotor (macam tandas) dan pada bila-bila masa sahaja. Hanya yang mengingati Allah akan sentiasa berzikir... emmm, macam pelik jer bunyinya bagi golongan yang faham. Berzikir tu maksudnya mengingati la. 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, La ilaha illallah, La Hawla wala Quwwata illa billah dll. Cuba check diri masing-masing, kita paham x apa yang kita lafazakan ini? Betul-betul mengerti? Atau semata-mata tahu alih bahasa atau translate sahaja pakai bende ni gadjet yg sgt berjasa kpd siswasiswa? Untuk apa kita berzikir? Jom sharing is caring. 

La ilaha illallah (tahlil) 

Tiada Tuhan Melainkan Allah iaitu Tiada yang kaya daripada tiap-tiap sesuatu dan berhajat kepada-Nya oleh tiap-tiap sesuatu (sifat ketuhanan) melainkan Allah. Juga dengan makna Tiada yang layak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Apabila kita mengucapkan lafaz tahlil ini, mesti hadirkan salah satu makna ini. Jika tidak, lafaz itu tidak meninggalkan kesan di hati. Inilah zikir yang paling afdhal dan utama. 

Subhanallah (tasbih) 

Maha Suci Allah iaitu Allah tidak bersifat dengan sifat kekurangan dan tidak menyamai makhluk (seperti mana yang didakwa golongan mujassimah). Apabila kita dah sebati dengan zikir ini, Insya-Allah hati kan tenang dan tiada lagi was-was terhadap Allah. Syaitan akan sentiasa mengambil peluang untuk menanam ragu-ragu dalam hati anak Adam sama ada syak kepada Allah, janji-Nya atau rezeki-Nya. 


Apabila melihat keindahan alam, keajaiban dan perkara-perkara pelik, ucapkanlah Subhanallah. Tidak berlaku semua itu melainkan dengan kuasa-Nya. 

Dulu pernah sekali time tingkatan 2 kat Maahad KB, lepas solat maghrib on the way nk pergi kelas Quran (bukan nak tunjuk rajin tapi semua pelajar asrama kena pergi), ternampak di dada langit, awan berbentuk "La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah" dalam tulisan arab menegak. Masya-Allah, memang menguatkan keyakinanku ketika itu. 

Allah tidak bertempat, tidak berjisim dan berjasad, tidak berkata-kata seperti makhluk, tidak melalui masa. Habis tu, bagaimana Allah?? Bagaimana tu soalan untuk makhluk yang dicipta bukan khaliq sang pencipta. Kita tak kan tahu hakikat Allah yang Qadim. Orang yang mengenal Allah, tak mampu bercerita bagaimanakah Allah dan mengenali Allah itu dengan sifat-Nya bukan zat-Nya. 

Alhamdulillah (tahmid) 

Segala Puji Bagi Allah. Semua puji hanya untuk Allah walaupun pada zahirnya ditujukan kepada makhluk. Makhluk tu kan Allah yang cipta dan bagi kelebihan kepada mereka. Apabila didatangi nikmat, bersyukurlah kepada Pemberi yang Maha Pemurah. Salah satu tanda syukur itu dengan melafazkan 'Alhamdulillah' . Nikmat terbesar yang kita dapat ialah dapat merasai kemanisan iman dan islam. Sama-sama kita jaga dan hidup bersama kedua-duanya. 

Allahuakbar (takbir) 

Allah Maha Besar bermaksud Allah yang diperbesarkan dan diagung-agungkan daripada yang lain. Apabila berniaga, nafsu berbisik "kurangkan timbangan sedikit, pelanggan tak tahu. Baru dapat untung" dan iman kata "jujurlah, Allah Maha Melihat". Maka arahan Allah lebih diutamakan daripada perintah nafsu dan syaitan. Apabila azan, maka paham2 lah. 

La Hawla wala Quwwata illa billah (hawqalah) 

Tiada daya (untuk melakukan kebaikan) dan kekuatan (untuk menolak keburukan) melainkan dengan kuasa Allah. Kita tahu bahawa Allah menjadikan kita dan perbuatan kita sekaliannya. Cuma akal yang memilih, sama ada nak buat baik atau buruk. Apabila kita mendapat kejayaan, sandarkanlah ia kepada Allah (walaupun zahirnya kita yang bertungkus-lumus) namun apabila kita ditimpa kegagalan, sandarkanlah ia kepada diri sendiri yang malas berusaha itu. Inilah cara hamba Allah berfikir. 

~ Jom muhasabah ~ - See more at: http://lautanketenangan.blogspot.com/2013/07/banyak-yang-berzikir-sedikit-yang.html#sthash.TShGJRql.dpuf

No comments:

Post a Comment

Komen di Facebook