Waktu Solat di Bachok

Monday 16 May 2011

Peringkat Nafsu

Jika manusia itu terbahagi kepada mukmin, kafir, munafiq dan fasiq begitu juga dengan nafsu yang ada pada manusia. Nafsu ini telah digaul bersama tanah pada kejadian manusia. Namun tidak semua nafsu itu menyuruh kepada kejahatan. Taraf nafsu ini dapat ditingkatkan dengan riadhah mujahadah (latihan dan bersungguh-sungguh menentang dorongan nafsu). Nafsu pada kejadiannya sentiasa menentang kebenaran dan suruhan Allah. Hanya iman yang kukuh mampu menentang nafsu yang pernah dibakar di dalam api neraka beribu-ribu tahun kerana keangkuhannya kepada Tuhan sekalian alam.


Malaikat: ada aqal tiada nafsu

Syaitan: ada nafsu tiada aqal

Manusia: ada aqal dan nafsu

Nakbah Palestin dalam Ingatan



Umat Islam tahun ini akan menyambut ulangtahun ke-63 peristiwa hitam Nakbah Palestin. Namun di Mesir sambutannya tentu berbeza dari sebelumnya apabila pertama kali dalam sejarah setelah kejatuhan rejim Hosni Mubarak, rakyat Mesir bebas menyambutnya tanpa kekangan dari pihak keselamatan seperti sebelum-sebelum ini.

Seperti yang dilapor akhbar tempatan hari ini (14 Mei), hampir kesemua masjid di Mesir dipenuhi ribuan umat Islam menunaikan solat Subuh berjemaah pada hari Jumaat,13 Mei iaitu 3 hari sebelum menjelang sambutan Nakbah. Menurut laporan, seramai 6 ribu umat Islam memenuhi Masjid Nur di Abbasiyah, 2 ribu lagi di Masjid ‘Amru bin Al-‘As dengan diimami Syeikh Mohammad Jibril dan hampir 3 ribu lagi membanjiri dataran Tahrir dengan diimami oleh Syeikh Sofwat Hijazi. Kempen “Jutaan Solat Subuh” atau “Milyun Solatul Fajr” ini dilancarkan bagi memberi amaran kepada Israel bahawa cabaran mereka akan dikalahkan “hanya jika umat Islam mampu memenuhi masjid pada solat Subuh seperti solat Jumaat” kini sudah tercapai.

Komen di Facebook