Waktu Solat di Bachok

Monday 16 May 2011

Peringkat Nafsu

Jika manusia itu terbahagi kepada mukmin, kafir, munafiq dan fasiq begitu juga dengan nafsu yang ada pada manusia. Nafsu ini telah digaul bersama tanah pada kejadian manusia. Namun tidak semua nafsu itu menyuruh kepada kejahatan. Taraf nafsu ini dapat ditingkatkan dengan riadhah mujahadah (latihan dan bersungguh-sungguh menentang dorongan nafsu). Nafsu pada kejadiannya sentiasa menentang kebenaran dan suruhan Allah. Hanya iman yang kukuh mampu menentang nafsu yang pernah dibakar di dalam api neraka beribu-ribu tahun kerana keangkuhannya kepada Tuhan sekalian alam.


Malaikat: ada aqal tiada nafsu

Syaitan: ada nafsu tiada aqal

Manusia: ada aqal dan nafsu


Maknanya sesiapa yang dapat menolak desakan nafsu maka dia lebih mulia daripada malaikat yang tiada nafsu dan sesiapa yang tewas kepada dorongan nafsu maka dia lebih hina daripada syaitan yang tidak beraqal.


Bagi para nabi dan rasul, segala sifat terkeji pada hati dihapuskan oleh Allah Taala. Sebab itulah, syaitan tak mampu menghasut mereka. Manakala bagi para wali Allah, segala sifat tercela di batin mereka ditutup oleh Allah kerana riadhah mujahadah mereka.

7 peringkat nafsu:
  1. Nafsu Ammarah bissu': Suka melakukan maksiat dan bangga dengannya. Golongan kafir dan fasiq yang memeliki nafsu.
  2. Nafsu Lawwamah: Berasa menyesal selepas melakukan maksiat dan sentiasa mencela dirinya namun masih tetap melakukan maksiat. 
  3. Nafsu Mulhamah: Ditunjuki oleh Malaikat mulhamah (pemberi ilham) dalam setiap tindakannya.
  4. Nafsu Mutmainnah: Jiwa sentiasa tenang walaupun apa yang berlaku sama ada ditimpa kecemasan dan kejutan dalam hidup.
  5. Nafsu Radhiah: Meredhai (menerima) segala ketetapan Allah.
  6. Nafsu Mardhiah: Allah meredhai setiaap saat hidupnya.
  7. Nafsu Insan Kamil: Sempurna. Hanya bagi para nabi dan rasul.
Nafsu pada peringkat 1 dan 2 masih belum ada jaminan untuk menempah syurga Allah. Meningkatnya taraf nafsu ini dengan ilmu dan amal. Sama-sama bermujahadah melawan desakan nafsu kerana bayarannya redha Allah Taala. Cinta yang hakiki...

sumber: Para pencari Allah (PpA)

No comments:

Post a Comment

Komen di Facebook