Waktu Solat di Bachok

Wednesday 15 June 2011

FORUM PERDANA peringkat Jajahan Bachok


Tajuk: Keberkesanan Solat dalam Mentarbiah Diri
Panelis: YB Mad Mustafa (ADUN DEMIT), Ust Zainuddin Ismail (YIK), Ust. Nazry Mohamad Nor
Moderator: Ustaz Fakhrurrazy Mohd Zin (Maahad Yaakubiah)

Tarikh: 23 Jun 2011/ 21 Rejab 1432 (Khamis malam Jumaat)
Masa: 6.45 pm- 10.15 pm
Tempat: Masjid ar-Rahman berhadapan Dewan Majlis Daerah Bachok

Antara yang menarik:
1) Gerai Tukar Tarikh Masihi ke Hijrah (transformasi tarikh),
2) Cerapan Bulan dengan Teleskop (jika cuaca baik),
3) Bekam tradisional (lelaki sahaja)
4) Pameran khat Arab

Tayangan Video Islamik pada 6.45pm-7.15 pm

Zikir Munajat
Forum PERDANA bermula selepas maghrib sehingga 9.45 pm

Jamuan ringan disediakan

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Sunday 5 June 2011

Menegak Kebenaran- Hak Semua

Tanggapan masyarakat hari ini bahawa hanya golongan atasan dan berjawatan sahaja perlu mencegah kemungkaran dan menyuruh kemaa'rufan. Mereka lebih suka berpegang kepada kalimah " jangan jaga tepi kain orang lain " apabila berlaku sesuatu maksiat dalam masyarakat . Sedangkan Nabi bersabda:
" Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah (cegahlah) ia dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, cegahlah dengan lisan (nasihat), dan jika tidak mampu, cegahlah dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman " .

Pemikiran sebegini masih membelenggu masyarakat kita hari ini. Namun, ia hanyalah tabiat yang boleh diubah. Apabila seseorang muslim merasakan dia ialah seorang muslim, pasti dia memahami tuntutan agama ini. Kita hidup bermasyarakat perlu mengikut cara bermasyarakat. Kita ialah tuan kepada diri sendiri dan pada masa yang sama da'ie yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Seseorang muslim mempunyai hak daripada saudara seislamnya untuk ditunaikan.

Membiarkan saudara kita dalam arus maksiat seolah-olah kita meredhai dia berjalan menuju neraka. Kelak kita kan disoal atas kelalaian ini. SALAM MUHASABAH.
 

CINTA...Lautan kenikmatan zaman remaja

Tak dapat dinafikan bahawa zaman remaja adalah zaman yang terbaik dalam rentetan hidup. Waktu yang paling aktif dan paling banyak peluang untuk melakukan perkara yang terbuku di hati. Saat menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah sekitar 13 tahun, perubahan kian jelas muncul lebih-lebih lagi sewaktu berumur mendekati 15 tahun (mengikut kiraan kalendar Islam Hijrah).


Sultan Muhammad al-Fateh ketika menakluk Kota Konstantinople (Istanbul Turki) daripada genggaman Rom masih muda dan remaja. Panglima-panglima Islam yang gemilang majoritinya remaja. Mereka berjaya melalui zaman keemasan dengan pengorbanan demi Redha Allah. Namun berbeza dengan remaja ketika ini yang lebih suka mencari kesenangan dan keseonokan demi kepuasan nafsu.


Mungkin menjadi trend remaja sekarang untuk enjoy tidak kira lelaki atau pun perempuan. Berapa banyak remaja yang ber'couple' saat ini? Indahnya memiliki insan yang menyayangi diri ini.

Komen di Facebook