Waktu Solat di Bachok

Sunday 5 June 2011

CINTA...Lautan kenikmatan zaman remaja

Tak dapat dinafikan bahawa zaman remaja adalah zaman yang terbaik dalam rentetan hidup. Waktu yang paling aktif dan paling banyak peluang untuk melakukan perkara yang terbuku di hati. Saat menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah sekitar 13 tahun, perubahan kian jelas muncul lebih-lebih lagi sewaktu berumur mendekati 15 tahun (mengikut kiraan kalendar Islam Hijrah).


Sultan Muhammad al-Fateh ketika menakluk Kota Konstantinople (Istanbul Turki) daripada genggaman Rom masih muda dan remaja. Panglima-panglima Islam yang gemilang majoritinya remaja. Mereka berjaya melalui zaman keemasan dengan pengorbanan demi Redha Allah. Namun berbeza dengan remaja ketika ini yang lebih suka mencari kesenangan dan keseonokan demi kepuasan nafsu.


Mungkin menjadi trend remaja sekarang untuk enjoy tidak kira lelaki atau pun perempuan. Berapa banyak remaja yang ber'couple' saat ini? Indahnya memiliki insan yang menyayangi diri ini.
Apabila sudah biasa berada dalam situasi ini, sukar rasanya untuk meninggalkan 'kekasih' itu. Pergaulan bebas sebegini masih membelenggu jiwa majoriti para remaja di luar sana tidak kira daripada sekolah agama atau pun tidak. Pelajar sekolah agama/arab yang tidak mengamalkan permata ilmu yang dimiliki oleh mereka itu lebih teruk daripada pelajar yang tidak tahu tentang kesalahan ber'couple' ini. 


Berapa lamakah kisah percintaan ini mampu bertahan? Cuba perhatikan golongan yang terdahulu, apakah kesudahan bagi 'couple' ini? Tak banyak yang berkekalan bahkan ditimpa dengan kes yang berat seperti rogol dan berzina bahkan membunuh bayi yang tak bersalah. Kita tak perlu menunding jari secara mutlak kepada mana-mana pihak dalam masalah ini. Pergaulan bebas ini melibatkan banyak pihak. Ketika ramaja ini sedang lena dalam lamunan cinta, di manakah ibu bapa? Memadaikah dengan bimbingan agama yang diberikan kepada anak-anak mereka. Pendidikan di sekolah pernahkah menekan tentang larangan cinta monyet dan pergaulan bebas ini? Apa pula peranan kerajaan sama ada di peringkat negeri atau pun pusat dalam menangani perkara yang mungkin dianggap simple oleh sesetengah pihak.


Sudah menjadi fitrah setiap manusia untuk menyintai dan dicintai namun hanya akal yang waras sahaja mampu meletakkan cinta itu di tempat yang suci. Tulus itu tidak akan berlaku dengan hubungan terlarang apatah hubungan yang terlanjur namun dirasai ketika mana selepas daripada ikatan sah antara kedua-dua insan itu. Mungkin sesetengah pihak berfikir bahawa couple itu penting sebagai ikatan awal sebelum pernikahan tapi syariat mengharuskan ikatan pertunangan sebagai 'tanda' . Hanya golongan yang yakin kepada ketentuan Ilahi tidak akan terburu-buru mencari cinta kerana jodoh itu sudah pun ditetapkan sejak azali lagi.


" Melahirkan Remaja Harapan Masa Depan "

No comments:

Post a Comment

Komen di Facebook