Waktu Solat di Bachok

Thursday 29 December 2011

Dunia Hiburan Melenyapkan Remaja

Ada bezanya antara kehidupan di Kuala Lumpur dan Kota Bahru. Di sini, hiburan yang tidak melampau ditambahi majlis ilmu yang berlambak telah membezakan keadaan sosial remaja di Kota Bharu dan ibu negara itu. Walaupun masalah sosial remaja tak dapat dilindungi walaupun di mana-mana sahaja hatta di desa, namun paling kurang budaya kuning dapat dikurangkan pada pandangan mata kasar.


Hari ini, kerajaan banyak mempengaruhi fikiran remaja. Andai banyak hiburan melalaikan disogok kepada mereka, maka negatiflah hasilnya dan sebaliknya.


Oleh itu, peranan kerajaan yang memerintah tak dapat dinafikan dalam pembangunan sahsiah remaja. Hiburan yang keterlaluan menyebabkan para remaja leka dengan dunia mereka. Langsung tidak memikirkan masalah diri jauh lagi daripada menjadi pemikir ummah.


Perhatikan gerak geri remaja sekarang. Hanya beberapa kerat sahaja yang cakna hal negara dari segi politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Mungkin ini "kejayaan besar" pemerintah negara dalam mentarbiah remaja. 


Suasana kekeluargaan yang mendidik, anak-anak remaja tak kan jauh menyeleweng daripada matlamat asal hidup mereka. Daripada rebung hinggalah menjadi buluh, segalanya memerlukan didikan agama kerana hanya agama yang membentuk diri seseorang.

No comments:

Post a Comment

Komen di Facebook